Followers...

....

I like this 1! Please klik...

Sunday, May 23, 2010

Merentas Desa SK Kuala Geris 2010

He is our new PK KO. Encik Hasnul. Baru naik pangkat jadi PK (kena ata alah ko ulu la!) dari DG29. So, I ni ado chance la naik jadi PK? Hehehehe.... =)
Ni pasukan Wira (Hijau). Slalunyer I pasukan kuning tapi mai sini kena masuk ijau plak...tak kisah la, janji juara! (Ijau juara last year-yeay...!)

Sir Azizi yang sibuk dok tunjuk tempat check point untuk guru2.


Para guru2 wanita pada hari ni...ehem...tuan punya blog pun ada (2 dari kiri)? Op kos...i kan suka "snap snap" ni. Dan semestinya...badan i la yang paling besar...yang lain species ike bilis blako....

Salam sukan untuk semua...
Hari ni gaji....eh...silap lak. Hari ni ada acara merentas desa kat my school yang terchenta ni. huhuhu...betoi ka chenta? =) Tak kisah la, dimana kita berada kat situ la kita berkhidmat. Well, tak la banyak sgt snap pic tadi sebab kalau amik pic banyak pun bukannyer leh upload semua. Line slow bebenor ni. Nak main game kat FB pun slow....menambahkan kemalasan la ni. Hari Rabu ni (lusa) ada Hari Sukan Tahunan SKKG. So, nanti i upload pic lagi.

Pastu ada 1 berita lagi yang kira mengejutkan gak la untuk penumpang train. Nasib baik i tak balik smalam. Kalau balik leh menyaksikan satu kemalangan pagi tadi. Ada orang kena langgar ngan keretapi. Mamat lalok mana ntah pagi buta dok potong dawai @ cable letrik/telekom kat atas rail. Gilo apo? Memang sah otak dia tak brapa stabil. Tak leh rasa getaran keretapi yang datang. Sir Affandi Armi ada snap pic, maybe dia akan masukan dlm FB kot.Nasib baik la pic dia tu tak de daging hancur cuma berdarah kat kepala je. Dia kena langgar and terus meninggal kat situ je. Bila singgah kat kedai kopi kuala geris tadi, diorg dok cakap mmg datang dari family yang dah ada sejarah "ngisap" and ada antara adik bradik dia tu "ngedar". Paham2 sendiri la yer. Well, lesson of the day is "Jauhi dadah!".
=)

Fening Lalat...

Wahey...
Ari ni la ari paling lewat i mai skol. Wanna know why? Because of the 4.02 a.m. train had been cancelled. Puncanya dari train yang tergelincir dari landasan kat kawasan Slow Temiang petang kelmarin. Kak Rose (hubby dia boss KTM K.Krai) dah bagitau semalam,kalau sempat siap ada la train pagi ni. Rupanya cancel trus. Then kami guru2 yang naik train ni dah amik kata spakat nak naik train yang pkul 6.15 a.m. So, sempat la balik umah sambung tidur lagi sejam setengah. Dalam kul 6, I pun kejutkan suamiku. Dia hantar ke stesen. And nak tau pukul brapa kami sampai? 10.30 pagi!!! Hahahaha...hari ini dalam sejarah sampai skol lewat. Nak buat camner kan? Nak drive, x larat 2 1/2 jam pagi2 buta. Ngantuk wooo...lagipun keta ku my mum guna nak anta anak2 ku ke nursery. Keta 1 lagi lak, op kos la suamiku guna nak p kerja. Kak Fizah (housemate ku) plak, cakap x larat nak drive. So tunggu je la train pukul 6.15 pagi.
Ha...sapa suruh anto i ngajo jauh...ini la akibatnya...kalau i ni baru posting ye la jugak kena anto masuk ulu dulu...tapi i dah 7 tahun dok area kuala krai ni. Hopefully 28.05.2010 ni kuar results tukar yang menyenangkan hati i.....tulung....i nak tukar.....


My world is upside down right now...
ZzZzzZzzZZzzzZZzzZZzZZz.....
^-^





Wednesday, May 19, 2010

TOTE BOUTIQUE GIVEAWAY ^-^


Salam 1 Malaysia.
Hari ni tak balik umah Pasir Pekan so ada la skit masa nak blogwalking. Masuk kat http://www.gengblogger.com/ tadi pastu ada la ter'klik' kat blog

Then rasa tertarik la plak nak join. Mana la tau dapat hadiah Teacher's Day dari blog ni ke? =) Sweet kat totebag kat atas tu. Colourful! I like...i kan cikgu skolah rendah for sure la kena pakai yang ceria. Baru la bebudak minat skit nak blaja. 1 more thing yang i suka pasal totebag ni sebab leh letak banyak barang. As u all know, I kan kena naik train kalau nak g skolah. Pagi2 lagi dah kena bangun (train kul 4.02 am!),so totebag ni memang sesuai la ngan i.
Pastu kalau nak g shopping plak, kena bawak banyak barang gak(pampes, kain lap mulut, hand sanitizer). Kalau org lain bawa 1 set je tapi i plak kena bawak 2 set (I've got twins!). Hmmm...hopefully i got to win this cute totebag. =)
Kalau tak dapat yang kat atas ni, dapat yang kat bawah ni pun jadi la. So pada pembaca blog semua, kalau yang minat nak beli totebag online, leh la visit kat blog i link kat atas tu yer...happy shopping!!!
^*^

Sunday, May 16, 2010

Happy Teacher's Day!

Puteri Lilin dari negara mana ni? Kalah la dalam acara ni. Kena lari sambil pegang lilin, jangan kasi mati apinya tau...! Awww...
Aku yang lapar...tapi kalah gak...tak per la...janji seronok...bukan nak sgt hadiah...untuk suka2 je. =)

Aku kan pro main bowling ni...huhuhu......op kos la kumpulan kami yang dapat no.1!


Tengah bersiap nak main acara seterusnya...makan buah-buahan....siapa cepat abis,di kira pemenang. Kumpulan 1 kalah...huhuhu..



Ai...ni budak ke guru ni yang pakai sluar trek ni? Hehehe...sorry la Kak Nor & Kak Dalilah. *-* Kak Hasnor plak...serius betul muka....chill girl..kan ari kita ni...

Selamat Hari Guru untuk semua pendidik kat Malaysia atau di mana-mana saja la. Terima kasih kepada guru-guruku yang telah mengajarku dari kecil sampai la ke sekarang....kepada murid-muridku...selamat maju jaya. Kenang lah jasa guru anda...tanpa mereka anda tidak akan berjaya.

Gambar hadiah yang budak bagi tak der ke?! Maap ler...i kan baru kat sini...lagipun i ni bukan cikgu paberet cam Kak Ja. Ada la skit2. Tak der la sampai kena bawak beg palstik sampah yang besar tu nak angkut balik umah. Apa2 pun terima kasih kepada semua yang menjayakan Hari Guru di SK Kuala Geris pada tahun ini.

Ingat nak upload lagi gambar tapi....as you all know la kan...line broadband mmg slow kat K.Geris ni...so abaikan la...tengok je la mana yang ada...

Wednesday, May 12, 2010

Persiapan Hari Guru 2010

Ni gamba tuan punyer blog yang nak menyibuk...
Ni gambar guru2 yang bertungkus-lumus menjalankan perniagaan. Ada lagi macam Kak Min, Kak Has, Kak Fizah, Ustazah Ayu....tapi diorang ni tak ada masa I took the pictures. Sowwiii..next time k...

Tengok la...berpeluh-peluh cikgu2 ni dok melayan kerenah bebudak tadi...

Halu...
N3 kali ni nak crita pasal persiapan hari guru. Kami dari kelab guru, buka kedai cenderahati. Tolong beli hadiah untuk budak. Almaklum la diorang ni nak keluar jauh, sure parent diorang tak kan keluar just nak beli hadiah untuk guru mereka. Kami yang travel ni beli and jual kepada budak. Ada roses, sweets, handmade cards, frame, mug and a few others. Kira saja je , suka2. Bukan untuk amik untung. Lagi pun bukan untung sangat. Hanya nak memeriahkan keadaan. Kami mengajar ikhlas, bukan nak mintak hadiah. Tapi kadang2 nak jugak penghargaan @ tanda ingatan dari murid. Betul tak? Tak semestinya beri hadiah. Kalau wish "Selamat Hari Guru" @ "Happy Teacher's Day" pun dah kira ok. =)
P/S: Tema warna Hari Guru 2010 kat SKKG ni ialah biru(BLUE).
I yang pengaruh mereka supaya buat tema. Tringat masa kat SK Telok Gong yang sentiasa ada warna tema. I like...

Monday, May 3, 2010

Perhentian Island, Terengganu , Malaysia

In front of our chalet
Father and son...

Look at the crystal clear sea water. Nice....


I yang tak der mood...baru lepas bangun tidor....lepas makan ubat rasa ok skit...



Semua takut sebab boat laju sangat...




Salam semua...





Lama rasanya tak update blog. Biasa la...last week ada UPK (ujian penilaian kemahiran-monthly test la lebih kurang...). Pastu last week gak I demam. Suspected denggi tapi...Alhamdulillah, cuma suspect je. Bukan effected denggi. Ceritanya camni...petang Khamis tu cam biasa la kan...ari kamis...excited nak balik. Kelmarin(Rabu), I balik KB...naik train pagi kul 4 pagi then Kamis malam tu kul 11 malam i tak tidur lagi. Cuba u all bayangkan i bangun dari kul 3 pagi then kul 11 mlm tu tak leh nak lay down lagi....mula la rasa sejuk panas tubuh ni. Tak pe la...telan je panadol...sebab I ingatkan demam biasa je. Esoknya, seperti yang telah kami plan sebulan yang lalu...kami ke jetty Kuala Besut untuk ke Pulau Perhentian.I memang dah siap bayar last week lagi kat AnF Holiday & Tours (Miss Reha-my friend works there). Semua telah di'book'kan oleh Miss Reha la. Tambang bout adult - RM70 and child - RM35 pergi balik. Wah...memang excited gila la nak gi P.Perhentian ni sebab kira cam hadiah anniversary kitorg yang ke 6 (29.05.2004). Dah lama kami plan nak g sana. Masa kami mula2 kenal dulu lagi nak gi sana....selepas 6 thn kawen baru ada chance pergi....tercapai gak impian....hehehe...




Sampai je kat jetty Arwana (tempat kami book tu-pool view, syok..), kami check-in kul 11 pagi ari Jumaat (22 April 2010). Petang tu badan ku mula la sejuk panas balik. I suruh suamiku tersayam pergi beli panadol lagi...nak tau brapa harga sebiji panadal activefast? RM1 sebiji tau...! Kalau air mineral botol besar RM8!!!! Nasi goreng RM6 sebungkus! Mahalkan...? Biasa la nak bawak pi pulau tu bukan dekat. Mesti ada charge minyak , upah angkut dari jetty...so pengajarannya ialah...bawak air @ makanan (roti @ biskut) sendiri.And ubat panadol!




Blog entry kali ni sorry la pics tak banyak sangat snap sebab tak der mood. I demam. Pastu kami check-out the next day (23.04.2010) kul 12 noon. Sampai je umah my mum , I trus ajak suamiku pergi klinik. Doc bagi ubat batuk , selsema and demam. Pastu esoknya suamiku kata kena pergi klinik kesihatan bandar KB sebab nak kena amik blood test. Kot2 denggi. Bila pergi doc suruh p amik blood test sebab katanya I demam panas & lama. Esoknya siap ada orang mai fogging umah my mum...i kena repeat blood test. Fuh...seriau gak bila jarum cucuk isi ni...i ni tubuh je besar...tapi memang alahan la....kalau bab inject ni. Tapi syukur sangat sebab dah sembuh dah demam. 4 hari gak i mc. ari Rabu baru i p skolah. Maaf la...memang x leh bangun...bukan sengaja tak nak mai skolah...I ni jenis payah nak sakit tapi bila skali sakit...memang sampai tak leh bangun la....huhuhu.... =(

Monday, April 19, 2010

Pet Rabbit ku...

Hui...lama dah tak update blog ni.tapi ada orang lain yang lagi lama tak update. Tak der hal pun...maybe diorang not in the mood nak menaip.Maybe diorang bz. Maybe diorang terADDICT ngan FB. Ops...terlebey sudah...I plak nape?


Almaklum la...asyik travel je evry day. Kalau kat Pasir Pekan, memang dah tak sempat nak update. So, hari ni memandangkan tak balik sebab ada kelas petang untuk year 6. Leh la kita update skit apa yang terbuku slama seminggu ni. =)

*nampak tak kepala2 ni? Ni kepala anak2ku & anak2 sdara ku.Yang bulat tu Daaii.

Hmmm...where should I start? Maybe I terlalu teruja dengan pet rabbit ku yang bersalin? Hah? Bersalin ke? Branak kot...? Well, I've got Quadruplets! Tapi untuk sehari je. Sebab mama rabbit tu makan anak dia. Bitbit(i panggil rabbit betina tu) branak petang Jumaat. Then malam tu kalut la kami p cari cage satu lagi sebab nak asing kan mereka dari si bapak rabbit (Mr.Beat). Sebab asyik dok kejar Bitbit je.Gatai tul...then bila bangun pagi esok (Saturday), i tengok dlm cage tu ada 1 ekor 1/2 jer badan baby rabbit(dah mati la tu!). Skang ni ada sekor je lagi. Hish...cian betul. Dah la Si Bitbit ni tak bagi tek kat anak dia. Dia p telan lak? Apa punya mak la....Pastu, skang ni suamiku sayam lak yang dok bagi susu kat baby rabbit tu. Bancuh susu twins then guna picagari. Kenapa bukan I yang bagi? For your info, I geli la. GELI tau...sebab cam anak tikus. Takder bulu...eeeeee.....
Then nak story skit pasal buku yang baru habis ku baca. Setelah 2 months baru abis! Ha...mbik kau...kalau New Moon (Twilight) dulu dlm masa 3 ari je leh abis. Sebab minat kat Edward Cullen(Lama tak sebut). Ni berbulan baru nak abis, walaupun dari penulis yang sama.Maybe I'm more into vampires. I'm not really into alien. Lagipun crita ni boring skit. Jalan crita dia slow je. Banyak bercakap dalam otak sebab Wanderer (alien) dok cakap ngan Melanie (host-empunya body). Then banyak flashback pasal kisah idup Mel yang lepas sebagai manusia biasa bersama Jared & Jamie. How she loves them both....how she met Jared...then Mel suruh Wanda(short for wanderer) pi cari Jared & Jamie. They separated because Mel dah jadi alien.Pastu Wanda dok crita pasal kehidupan dia sebelum masuk ke tubuh Mel kat planet lain...macam2 planet....flower la...fire la...bear la...bat la...memang kuat la imaginasi S.Meyer ni. Tabik spring kat dia. Walaubagaimanapun...still tak dapat nak menarik minat i. I ada baca dlm tenet ni, pasal diorang nak jadikan The Host ni film. Betul ke? Ntah bila la...kita tengok je nanti...

Sunday, April 11, 2010

Guru Besar pun naik train?

Ni guru perempuan...yang lelakinyer dok minum kat kedai kopi. Diorang kalau train sampai...memang berlari dari kedai kopi ke stesen ni.

That's our GB (tengah sengeh) -En. Abdul Wahab and yang kat tengah tu our PK1- Ustaz Kamarudin.


Yezza...




Op kos...our GB & PK1 pun naik train. These pictures were taken last week. Masa dok tunggu train. Train lewat tul. Slalunyer kul 2.20 dah sampai. Last week kul 3 baru sampai. So, cam biasa la...u all know me. Kita snap snap la dulu. Dah tak der yang menarik nak diSnapkan kat area Kuala Geris ni so I snap je la muka-muka penumpang tegar keretapi tanah melayu ni.




*Psst...to Pn. Diana: these were taken with the new 1. U know what. =) Shhh...don't tell other people. Not bad la....Tapi I still tak reti nak setting la..biasa la...i ni slow skit...dalam proses..but i like it....*

Saturday, April 10, 2010

Mesyuarat PIBG SKKG 2010

Salam...kali ni nak story pasal tajuk kat atas. Sabtu , pukul 11 pagi lagi I naik car nga k'fizah(my housemate). Tumpang dia. Hmm..sebenarnya malas nak crita sebab tak der pic la. My hp bateri kong, then hp yg satu lagi payah nak pair nga netbook ni. Tak tau kenaper...kena setting lain. Malas la..so, x yah la nak upload pic kali ni. Tak der yang best pun. Cuma Datuk Romzi and Tuan Haji Zulkefli (boss PPD K.Krai) yang datang.Yang lain...biasa je. Parent datang and daftar, then masuk dewan. Kali ni, I kena jaga bahagian ....cuba teka? Kalau slalu kat SKPG i kena pendaftaran...tapi kat sini I kena bahagian cenderamata, hamper cabutan bertuah. Bukan I yang ketua tapi I yang memBUSYkan body I yang vok & glam ni. Ho ho ho.... Lantak la orang nak kata apa pun. Janji tugas yang diberi settle... M I RITE? Dari hadiah utk dif tu I yang beli & buat. Buahan segar....i wrap and boh ribon cumil2. Sweet...(bagi I la...). Then bagi hadiah atas pentas pun I gak..tukang hulurkan hamper pun I...mesti orang kata i ni gila kuasa. Dah ketuanya senyap je. I dah suruh orang lain....tapi tak berganjak pun....so dari cacat majlis....AKU GOMO LAKKO.Tapi tak kisah la...janji duit i dapat balik. Hadiah yang bagi kat dif tu, guna duit I tau...abis RM87 tau...GB kata guna duit sdiri dulu then claim.Arap2 cepat la dapat...almaklum la...I ni bukannya jenis yang lebih duit...slalu cukup2 je...hu hu hu...k la...nak dinner dulu.
Bye!
=)

Wednesday, April 7, 2010

Kejohanan Bola Tampar Zon 4

Hari ni ada Kejohanan Bola Tampar MSSZ Zon4. SK Kuala Geris adalah tuan rumah untuk bola tampar ni.Kebetulan plak i balik KB semalam so dari rumah dah pakai sluar trak & t-shirt la naik train pagi tadi. Senang skit nak panjat tangga train tu. Sebenarnya I ni guru penasihat untuk Pasukan Bola Tampar Skolah. Tapi kelmarin baru I tau. Ihiks...teruk betul.... Nak buat camner....Buku Pegurusan Sekolah pun tak der kat sini. Mai bagi surat cam gitu je. Mana la ingat....well walaubagaimanapun I tetap menjalankan tugas yang telah diberi...SYMP.
Ni adalah meja pendaftran. Ustazah Ayu, Kak Rose & Mai (cute preggy lady!). RM8 satu kepala so kalau 1 sekolah anta 2 team (lelaki & pompuan). Jadi RM128 untuk setiap sekolah.

Ni adalah score board. Hehehe...jangan tengok la sebab keputusan yang kurang memberangsangkan.... :(
Zon 4 yang hantar wakil ialah :
a) SK KEMUBU
b) SK BIAK
c) SK SERI MAHLIGAI
Yang tak hantar wakil ialah :
a) SK DABONG
b) SK MEMPELAM JELAWANG


This is our boys team. Hmmm...x leh arap gak...menang 1 game je dari 3 games. Yang lain hampeh...girls team pun kalah semua games. Tak per la...next year cuba lagi yer...GO SKKG!
Maap le...tuan punyer blog tak sempat nak amik gamba ari ni. So tak der la muka ku yang dah itam ni...Sibuk side coaching... =) Sekejap je kalau nak itam...setengah hari berjemur pun dah itam...nak cerah balik 3 bulan pun belum tentu....hish....lepas ni kena beli Fair&Lovely buleh 4 tiub. Nak cover balik....



Sunday, April 4, 2010

Cuti Keputeraan Sultan Kelantan 2010

Cuti hari Keputeraan Sultan Kelantan pada tahun ni kami ke Cameron Highland (again?!!-Yup , again!). Suamiku kata kat bawah ni dah panas so baik kita p tempat yang sejuk. I dah boring ke sana. I thought want to go to Perhentian Island but tak sempat nak book awal. My friend lak yang kerja kat travel agency tu ke Sarawak. So tak der orang yang I nak mintak tlg bookkan hotel. So tak jadi la ke island. Tak per, mana tau our anniversary nanti kami ke sana? Betul tak? so Miss Reha please take note k. I'll call you later to place the date.
So these are some of the pictures taken on that day. Kami pergi 30 April and check out the next day. Stayed at Equatorial Hotel. Pic kat atas ni view di waktu pagi. Nyaman betul....

Then macam biasa la kalau tak beli strawberry mmg tak sah kalau ke CH. Ni adalah buah kegemaran abam Alif. Look big juicy fresh strawberries. Kalau korang nak makan yang tak masam, beli yang RM10 sekotak (saiz besar). Kalu beli yang kotak kecik (4kotak RM10), mmg MASAM!





Ni plak kat ladang teh. Cam biasa la, posing skit...mama dia je yang lebih bab posing ni...kalau anak2 & abah diorang mmg kureng skit...nevermind at least ada la kenangan kan?



Still kat ladang teh. Ni dah on the way turun. Kami singgah kat kat sini untuk minum teh strawberry. Best betul kalau minum kat sini. Tapi kalau beli and minum kat umah, rasa cam biasa je... :(










Jangan amik pusing nga muka suamiku yang masam tu. Dia mmg macam tu. Orang yang kenal ngan dia je tau macam mana muka dia bila dia senyum. =)










Tuan punyer blog yang semakin tembam! Biasa la dekat nga suami tercinta. Makan berselera.... =)











Ni anak manja mama...




On the way back lak kami balik kot Sg.Terah, Mempelam Jelawang, Kemubu, Dabong and last destination is SK KUALA GERIS. Sebab SKKG sekolah pada 1st April. Yang mana kebanyakkan skolah zon 4 ni mmg cuti. Sebab ada sehari je lagi b4 weekend. Walaubagaimanapun, SYMP la kan? Kami sempat gak singgah kat Gunung Stong State Park. Nampak tak air terjun yang indah tu. Mmg cun la! Dari jauh korang dah dapat tengok tau. Kat sini pun ada chalet tau. So pada sesapa yang naik cuba leh la datang. Kalau yang suka hiking @ snap pictures, mmg sesuai. Kalau dok kat bawah tu, perrggh...view mmg cantik. Kalau tak caya...try google the image of Gunung Stong.
Well...Kami ni mmg suka jln2. husband & wifey sekepala. Sanggup simpan duit just untuk travel. Plan to go somewhere end this year. Somewhere far away from here. Sabah pun ok....Beijing pun ok... Abu Dhabi pun ok...just wait and see la. Sure akan update you olls...k...till then...c ya!

I LoVe TuneTalk