Seberang sana adalah bandar Kota Bharu.
Bangunan yang sedang dibina. Kalau tak dah nampak Tesco dari seberang sini..
Disebabkan hujan lebat minggu lepas, maka banjir telah berlaku. Ni gambar yang diambil selepas banjir. Jambatan Sultan Yahya Petra yang menghubungkan Pasir Pekan ngan Kota Bharu ni dalam proses menaiktaraf untuk memudahkan pengguna. Kalau musim perayaan, mesti jem kat jambatan ni sebab ada 2 lorong jer. Satu pergi and satu balik. Kereta semakin bertambah sebab tu la jalan kat sini asyik jem jer. Saya selalu dapat keluhan dari teman2 yang ingin datang beraya ke rumah. Mereka kata "Malas la g umoh u...malah nok tempoh jem". Sebenarnya itu adalahh alasan...kalau nak datang...datang je la. Orang kata hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Betul tak?
Ok, berbalik pulak pada jambatan runtuh ni. Tak tau la brapa ribu riban kerugian yang ditanggung oleh syarikat ni. Kalau tak salah, RedLand kot? Ntah la...lupa plak. Tapi my BIL yang keje kat Abu Dhabi kata, diorang ni buat kerja lambat la. Masa dia tinggal dulu pun macam ni, then dia balik raya puasa ari tu pun dia kata tak banyak yang berubah. Jambatan yang kat Abu Dhabi tu lagi cepat siap....mungkin kekurangan tenaga kerja kot...tu yang lambat siap. Tapi harap2nyer...biar la cepat siap. Tak der la nak ke KB mengambil masa 45 minit. Walhal...kalau ikutkan...dalam masa 5 minit pun dah sampai.....betul? (Kepada yang biasa guna jambatan ni sure tahu camner rasa jem nyer...!).
1 comment:
hohohohohoh..... nampak sangat x der kualiti...... oooppppssss.... sori.... nnt marah pulak kerajaan n yg sewaktu dgn nyer....
Post a Comment