Followers...

....

I like this 1! Please klik...

Sunday, February 7, 2010

Al-Fatihah untuk...

Salam...
Entry kali nak bagitau skit pasal pemergian one of my student. Her name is Siti Nur Samila bt Nordin. Beliau telah meninggal dunia pada pukul 11 pagi semalam di hospital KB setelah koma selama 1 minggu. Punca kematian : kegagalan buah pinggang untuk berfungsi.

Baru last week ayahnya datang ke sekolah memarahiku. Katanya, dia dengar orang kampung dok bercerita tentang cikgu tino baru nak buang anaknya dari SKKG. But I didn't say anything. Biar la...ayahnya yang sedang marah. Mungkin emosinya tak stabil masa tu memikirkan anaknya yang sedang terlantar kat hospital. Kalau I marah balik lagi la panas keadaan. Ada gak rakan2 lain yang memberi cadangan kenapa tak balas balik. Entah la....rasanya I memang cool je ari tu. Tak jawab sepatah pun. I cuma tengok keadaan ayahnya yang sedang MARAH! Gggrrrrr.....takut nanti mencurah minyak gas ke api yang sedang membara....

Bila kita kata begitu la orang kampung...marah pulak bila kita panggil ORANG KAMPUNG? Tapi dia tak fikir macam mana kerja cikgu kat sekolah. Sepatutnya kalau murid tak hadir ke sekolah selama 3 hari, kena hantar surat. Inikan pula anaknya yang dah 11 hari tak datang ke sekolah. Ayahnya pun tak de plak anta surat atau maklum kepada guru kelas. Cuma ada dengar dari budak2 jer yang bercerita tentang Samila sakit.Kalau I nak amik tindakan memang dah lama I amik....begitu la..cikgu ni memang segalanya.
Cikgu la tukang kebun....
Cikgu la kerani (isi borang tu...borang ni...maklumat murid dsb)...
Cikgu la tukang sapu (kalau ngaja year 1,mmg kena sapu dulu b4 ngaja!)....
Cikgu la tukang cat (tukang buat mural atau nak re-paint)...
Cikgu la ah-long(tukang kutip bayaran tambahan)...
Cikgu la tukang jaga anak (parent yang dah tak tahan jaga anaknya yg nakal, dihantar ke sekolah maka aman lah rumahnya...kadang2 anak sakit pun dihantar jugak ke sekolah, biar cikgu yang hantar ke klinik -save duit!)
Boleh dikatakan cikgu ni semua...

Walau apa pun....
TABIK SPRING & TAHNIAH untuk semua para pendidik di seluruh Malaysia.

"Jasa mu tetap di kenang" -ada lagi ke yang guna ayat ni?!?

4 comments:

acap2405 said...

saye mengucapkan takziah atas kepergian anak murid cikgu..

ini first time masuk sini..
huhuhu.
T_T

Unknown said...

salam takziah utk anak murid Jihan tu, semoga dia pergi dgn tenang dan keluarganya terutama bapanya insaf.

menjadi guru kerjayanya sgt mulia, apatah lagi kalau guru itu seorang yang benar2 mendidik, bkn sekadar didik anak murid malah keluarga murid secara tak langsung.

semoga terus tabah dan ikhlas dlm kerjaya.

Anonymous said...

tp best jd cikgu
hehe

Jihan Daud said...

yer takziah yg dia.

2 kakcik,insyaAllah. Tanggungjawab akan digalas dengan ikhlas selagi diriku diperlukan di bidang pendidikan ni.

2 AhFatt - best? Best la jugak...ada time2 best...ada time2 sengal..

I LoVe TuneTalk