Followers...

....

I like this 1! Please klik...

Monday, April 19, 2010

Pet Rabbit ku...

Hui...lama dah tak update blog ni.tapi ada orang lain yang lagi lama tak update. Tak der hal pun...maybe diorang not in the mood nak menaip.Maybe diorang bz. Maybe diorang terADDICT ngan FB. Ops...terlebey sudah...I plak nape?


Almaklum la...asyik travel je evry day. Kalau kat Pasir Pekan, memang dah tak sempat nak update. So, hari ni memandangkan tak balik sebab ada kelas petang untuk year 6. Leh la kita update skit apa yang terbuku slama seminggu ni. =)

*nampak tak kepala2 ni? Ni kepala anak2ku & anak2 sdara ku.Yang bulat tu Daaii.

Hmmm...where should I start? Maybe I terlalu teruja dengan pet rabbit ku yang bersalin? Hah? Bersalin ke? Branak kot...? Well, I've got Quadruplets! Tapi untuk sehari je. Sebab mama rabbit tu makan anak dia. Bitbit(i panggil rabbit betina tu) branak petang Jumaat. Then malam tu kalut la kami p cari cage satu lagi sebab nak asing kan mereka dari si bapak rabbit (Mr.Beat). Sebab asyik dok kejar Bitbit je.Gatai tul...then bila bangun pagi esok (Saturday), i tengok dlm cage tu ada 1 ekor 1/2 jer badan baby rabbit(dah mati la tu!). Skang ni ada sekor je lagi. Hish...cian betul. Dah la Si Bitbit ni tak bagi tek kat anak dia. Dia p telan lak? Apa punya mak la....Pastu, skang ni suamiku sayam lak yang dok bagi susu kat baby rabbit tu. Bancuh susu twins then guna picagari. Kenapa bukan I yang bagi? For your info, I geli la. GELI tau...sebab cam anak tikus. Takder bulu...eeeeee.....
Then nak story skit pasal buku yang baru habis ku baca. Setelah 2 months baru abis! Ha...mbik kau...kalau New Moon (Twilight) dulu dlm masa 3 ari je leh abis. Sebab minat kat Edward Cullen(Lama tak sebut). Ni berbulan baru nak abis, walaupun dari penulis yang sama.Maybe I'm more into vampires. I'm not really into alien. Lagipun crita ni boring skit. Jalan crita dia slow je. Banyak bercakap dalam otak sebab Wanderer (alien) dok cakap ngan Melanie (host-empunya body). Then banyak flashback pasal kisah idup Mel yang lepas sebagai manusia biasa bersama Jared & Jamie. How she loves them both....how she met Jared...then Mel suruh Wanda(short for wanderer) pi cari Jared & Jamie. They separated because Mel dah jadi alien.Pastu Wanda dok crita pasal kehidupan dia sebelum masuk ke tubuh Mel kat planet lain...macam2 planet....flower la...fire la...bear la...bat la...memang kuat la imaginasi S.Meyer ni. Tabik spring kat dia. Walaubagaimanapun...still tak dapat nak menarik minat i. I ada baca dlm tenet ni, pasal diorang nak jadikan The Host ni film. Betul ke? Ntah bila la...kita tengok je nanti...

Sunday, April 11, 2010

Guru Besar pun naik train?

Ni guru perempuan...yang lelakinyer dok minum kat kedai kopi. Diorang kalau train sampai...memang berlari dari kedai kopi ke stesen ni.

That's our GB (tengah sengeh) -En. Abdul Wahab and yang kat tengah tu our PK1- Ustaz Kamarudin.


Yezza...




Op kos...our GB & PK1 pun naik train. These pictures were taken last week. Masa dok tunggu train. Train lewat tul. Slalunyer kul 2.20 dah sampai. Last week kul 3 baru sampai. So, cam biasa la...u all know me. Kita snap snap la dulu. Dah tak der yang menarik nak diSnapkan kat area Kuala Geris ni so I snap je la muka-muka penumpang tegar keretapi tanah melayu ni.




*Psst...to Pn. Diana: these were taken with the new 1. U know what. =) Shhh...don't tell other people. Not bad la....Tapi I still tak reti nak setting la..biasa la...i ni slow skit...dalam proses..but i like it....*

Saturday, April 10, 2010

Mesyuarat PIBG SKKG 2010

Salam...kali ni nak story pasal tajuk kat atas. Sabtu , pukul 11 pagi lagi I naik car nga k'fizah(my housemate). Tumpang dia. Hmm..sebenarnya malas nak crita sebab tak der pic la. My hp bateri kong, then hp yg satu lagi payah nak pair nga netbook ni. Tak tau kenaper...kena setting lain. Malas la..so, x yah la nak upload pic kali ni. Tak der yang best pun. Cuma Datuk Romzi and Tuan Haji Zulkefli (boss PPD K.Krai) yang datang.Yang lain...biasa je. Parent datang and daftar, then masuk dewan. Kali ni, I kena jaga bahagian ....cuba teka? Kalau slalu kat SKPG i kena pendaftaran...tapi kat sini I kena bahagian cenderamata, hamper cabutan bertuah. Bukan I yang ketua tapi I yang memBUSYkan body I yang vok & glam ni. Ho ho ho.... Lantak la orang nak kata apa pun. Janji tugas yang diberi settle... M I RITE? Dari hadiah utk dif tu I yang beli & buat. Buahan segar....i wrap and boh ribon cumil2. Sweet...(bagi I la...). Then bagi hadiah atas pentas pun I gak..tukang hulurkan hamper pun I...mesti orang kata i ni gila kuasa. Dah ketuanya senyap je. I dah suruh orang lain....tapi tak berganjak pun....so dari cacat majlis....AKU GOMO LAKKO.Tapi tak kisah la...janji duit i dapat balik. Hadiah yang bagi kat dif tu, guna duit I tau...abis RM87 tau...GB kata guna duit sdiri dulu then claim.Arap2 cepat la dapat...almaklum la...I ni bukannya jenis yang lebih duit...slalu cukup2 je...hu hu hu...k la...nak dinner dulu.
Bye!
=)

Wednesday, April 7, 2010

Kejohanan Bola Tampar Zon 4

Hari ni ada Kejohanan Bola Tampar MSSZ Zon4. SK Kuala Geris adalah tuan rumah untuk bola tampar ni.Kebetulan plak i balik KB semalam so dari rumah dah pakai sluar trak & t-shirt la naik train pagi tadi. Senang skit nak panjat tangga train tu. Sebenarnya I ni guru penasihat untuk Pasukan Bola Tampar Skolah. Tapi kelmarin baru I tau. Ihiks...teruk betul.... Nak buat camner....Buku Pegurusan Sekolah pun tak der kat sini. Mai bagi surat cam gitu je. Mana la ingat....well walaubagaimanapun I tetap menjalankan tugas yang telah diberi...SYMP.
Ni adalah meja pendaftran. Ustazah Ayu, Kak Rose & Mai (cute preggy lady!). RM8 satu kepala so kalau 1 sekolah anta 2 team (lelaki & pompuan). Jadi RM128 untuk setiap sekolah.

Ni adalah score board. Hehehe...jangan tengok la sebab keputusan yang kurang memberangsangkan.... :(
Zon 4 yang hantar wakil ialah :
a) SK KEMUBU
b) SK BIAK
c) SK SERI MAHLIGAI
Yang tak hantar wakil ialah :
a) SK DABONG
b) SK MEMPELAM JELAWANG


This is our boys team. Hmmm...x leh arap gak...menang 1 game je dari 3 games. Yang lain hampeh...girls team pun kalah semua games. Tak per la...next year cuba lagi yer...GO SKKG!
Maap le...tuan punyer blog tak sempat nak amik gamba ari ni. So tak der la muka ku yang dah itam ni...Sibuk side coaching... =) Sekejap je kalau nak itam...setengah hari berjemur pun dah itam...nak cerah balik 3 bulan pun belum tentu....hish....lepas ni kena beli Fair&Lovely buleh 4 tiub. Nak cover balik....



Sunday, April 4, 2010

Cuti Keputeraan Sultan Kelantan 2010

Cuti hari Keputeraan Sultan Kelantan pada tahun ni kami ke Cameron Highland (again?!!-Yup , again!). Suamiku kata kat bawah ni dah panas so baik kita p tempat yang sejuk. I dah boring ke sana. I thought want to go to Perhentian Island but tak sempat nak book awal. My friend lak yang kerja kat travel agency tu ke Sarawak. So tak der orang yang I nak mintak tlg bookkan hotel. So tak jadi la ke island. Tak per, mana tau our anniversary nanti kami ke sana? Betul tak? so Miss Reha please take note k. I'll call you later to place the date.
So these are some of the pictures taken on that day. Kami pergi 30 April and check out the next day. Stayed at Equatorial Hotel. Pic kat atas ni view di waktu pagi. Nyaman betul....

Then macam biasa la kalau tak beli strawberry mmg tak sah kalau ke CH. Ni adalah buah kegemaran abam Alif. Look big juicy fresh strawberries. Kalau korang nak makan yang tak masam, beli yang RM10 sekotak (saiz besar). Kalu beli yang kotak kecik (4kotak RM10), mmg MASAM!





Ni plak kat ladang teh. Cam biasa la, posing skit...mama dia je yang lebih bab posing ni...kalau anak2 & abah diorang mmg kureng skit...nevermind at least ada la kenangan kan?



Still kat ladang teh. Ni dah on the way turun. Kami singgah kat kat sini untuk minum teh strawberry. Best betul kalau minum kat sini. Tapi kalau beli and minum kat umah, rasa cam biasa je... :(










Jangan amik pusing nga muka suamiku yang masam tu. Dia mmg macam tu. Orang yang kenal ngan dia je tau macam mana muka dia bila dia senyum. =)










Tuan punyer blog yang semakin tembam! Biasa la dekat nga suami tercinta. Makan berselera.... =)











Ni anak manja mama...




On the way back lak kami balik kot Sg.Terah, Mempelam Jelawang, Kemubu, Dabong and last destination is SK KUALA GERIS. Sebab SKKG sekolah pada 1st April. Yang mana kebanyakkan skolah zon 4 ni mmg cuti. Sebab ada sehari je lagi b4 weekend. Walaubagaimanapun, SYMP la kan? Kami sempat gak singgah kat Gunung Stong State Park. Nampak tak air terjun yang indah tu. Mmg cun la! Dari jauh korang dah dapat tengok tau. Kat sini pun ada chalet tau. So pada sesapa yang naik cuba leh la datang. Kalau yang suka hiking @ snap pictures, mmg sesuai. Kalau dok kat bawah tu, perrggh...view mmg cantik. Kalau tak caya...try google the image of Gunung Stong.
Well...Kami ni mmg suka jln2. husband & wifey sekepala. Sanggup simpan duit just untuk travel. Plan to go somewhere end this year. Somewhere far away from here. Sabah pun ok....Beijing pun ok... Abu Dhabi pun ok...just wait and see la. Sure akan update you olls...k...till then...c ya!

Sunday, March 28, 2010

1 TwilightGuide.com


Twilight Eclipse and Breaking Dawn Pictures

Alamak...macam tak der jantan lain ka...muka ni je yang ada kat blog aku (selain dari jejaka2 pujaan hati beta - Suamiku & anak2ku). Well...i guess you oll dah naik muah....LIKE I CARE!
Just nak bgtau kepada peminat Rob Pat ni, dia dah ada wax figure tau! Hasil dari minat u olls la.
=)

The full wax figure will be revealed in NYC’s Times Square TOMORROW at 10:30AM at Madame Tussauds New York (234 West 42nd St. Manhattan). After the unveiling, fans will be able to cozy up to the figure for photos and even a hug.

The first 100 fans who arrive to see Rob’s figure on the day it is unveiled will also get free Pattinson and Twi-hard gear, as well as free admission to the attraction. Sweet!

My dearly sis plak nak g London 29th March ni, sure dia singgah kat Madame Tussauds. Nasib la Rob Pat ni ada kat NY nyer branch kalau ada kat London nyer branch, sure aku soh dia snap pic byk2. Takper la bukan I yang pi....paling tak pun ada pertalian darah....ihik...sure korang tak paham apa yang I merapu ni. Lantak la.....

P/S: To my sis,take a lot of pics ya...i would love to see the places you've been to.Hope that 1 sweet day, i pun akan sampai gaks...INSYAALLAH...



Wednesday, March 24, 2010

Postcrossing.com


Salam 1 Malaysia.
I'm sorry for not updating my blog to all my dear friends. Not in the mood. Moreover, there's nothing special happen to me for the last few days....
So today, memandangkan I berada di Bandaraya Kuala Geris ni (biasa la kalau kat sini aku ada masa 24 hours online sebab tak der gangguan!). Korang mesti akan tengok aku sentiasa on kalau kat FB kan? Tu tandanya aku ada kat KUALA GERIS!!! Kalau kat umah, mana ada masa utk berFB @ blogging. Kalau masuk gak tu tandanya anak&ayahnya dah tdo. =)
Hmmm...nak crita apa ya? Ntoh la. No idea la. Just nak kongsi crita pasal postcard yang baru i trima tu. Cute kan? I dah scan tadi....iya dari Latvia. Mana tu? Nak tau...cari dalam google maps k. I pun tak tau. Actually this is my one of my hobby. Writing & receiving letters/postcards from my penpals. Postcard ni di hantar melalui random. I dah jadi ahli kat www.postcrossing.com . Saper2 yang minat berkawan atau yang minat receiving postcard. Bleh join k. Hobby ni sejak skolah lagi. Saper2 yang pernah idup bersamaku (kawan/roomate) mesti tau tentang hobby ku ni. Nak kata suka kumpul setem, tak jugak. Cuma suka terima apa2 yang ada setem. Suka tengok gambar2 (yg ada kat postcards) yang cantik, yang ada kat setem tu, tulisan orang, friendship, swap, exchanging gifts....everything tentang penpalling world. =) Tapi i tak layan kalau ada yang tetiba yang ajak kawen? Gilo apo? I've stated there that I AM A MARRIED WOMEN OK!!!!!! Just as a F.R.I.E.N.D.S!
Well, that's all for today's entry.
Kalau ada anything yang happening...I'm sure i'll post a new entry k guys...love u all.
*P/S: to my x-roomate, hope your sons r getting better. Sedih gak bilo anok masuk wad ni. Sabar la yer...ujian dari Ilahi la tu....sabar....

Friday, March 12, 2010

Lena Di Ulit Intan


On the way back from umah k'ilah di K.Lanas. Semua lena...leh la mama g Kb mall jap agi..

Thursday, March 11, 2010

What's for breakfast?

Today is our 1st day of holiday. Hmmm..pagi2 lagi dah bangun sebab semalam my mum dah pesan. Kami nak g beli breakfast kat pasar Kubang Pasu (on the way to PCB). Best kat situ. Banyak kueh traditional yang very the delicious. I like...! Tapi kami p pagi tadi agak lewat skit sebab semua rakyat jelata ku nak ikut so kena mandikan 1-1 jadi lambat la jugak. Then bila sampai...kuehnya banyak yang dah abis...10sen aku.Tak pe la, next week lak.
Ni plak 'nasi tupe'. Korang pernah makan tak? Ada org kata sama cam nasi ambang. Tapi I rasa x sama pun. Dalam dia ada cam nasi impit & lauk yang menumpang contohnya cam ikan, serunding, udang, and teloq. Harga dalam RM2-RM4.50. Bergantung pada lauk. Nak rasa? Mai la ke Kelantan.

Pulut kuning ni pun sedap. Lembut je pulutnya. Gulai dia pun sodap. :)

I just wanna wish. Happy holiday!

Saturday, March 6, 2010

Masam tapi best!

Ehem...N3 kali ni specially dedicated to my beloved sis yang dok kat Abu Dhabi.Nak tau naper? Sebab dia tak dapat merasai kenikmatan makan buah pauh ringan,pokok blakang umah ma. Huhahuhahuhahuha.....jangan jeles. =))
Petang maren pun kawan ma mai, Cik Aroh, antara perbualan petang tu ialah...dio oyak budok ni banyok make buoh pauh teh. Ado apo2 ko? Isk...tak dok lagi la. "Bare" x buang lagi nok ngadom rano?-kepada yang paham kelantanese je la. Kalau tak paham...buat2 paham k. Malas nak explain. Tapi I ni memang suka makan asam, yang pelik nya...kenapa masa ngadum tak der lak rasa nak makan asam. Mungkin sebab ngandum anak lelaki kot. Takder lansung rasa nak makan benda masam. Tapi i dapat tips dari makcik cina yang jual barang letrik kat Klang ari tu, dia cakap kalau nak anak pompuan kena makan benda masam 2-3 bulan sebelum planning nak ngandum.Dia cakap makan la green apple, mangga masam, anything yang masam byk2. Isk...ya ka? Ntoh la...walaubagaimana pun...akan ku usahakan gak. Kalau leh nak gak baby girl...leh teman mama g sopim! =) Betul tak? ^-^
Petang2 gini memang sedap pekena colek ni...yum yum...masam tapi best! :)

Ini la pokoknya...banyak lagi kat atas tapi susah nak amik. "Tak po kak, adik tulun make...hehehe...!"



Thursday, March 4, 2010

Sambutan Maulidur Rasul di SK Kuala Geris

Juara pertandingan nasyid tahun ni jatuh kepada kelas 6C.
Ni kelas.... hmmm...alamak....lupa la. Tak kisah la...layan jer..

Para hakim yang lagi bijak sana...

Our new PK1 - Encik Kamaruddin. yang sedang bagi ceramah hari ni.

Meriah rasanya kalau pakai baju melayu & baju kurung p sekolah. Kalau budak year 6 lak, sure kalah cikgu. Kebaya and high heels! :p

Ni baru lepas 'belarok',kita minum dulu!

Punya la jauh perjalanan hari ni. Ingat nak pusing tepi pagar sekolah je. Rupa2nya, 1 kampung. Nasib baik tak sampai kampung sebelah (Kg.Bukit Abu). Cair make up mak!

*Ish...lambat betul nak start ni....lenguh dah beratur ni.

*Alamak...tcer nak amik gamba la. Control semua...

Itu sepanduk kita untuk tahun 2010 ni.
Tema : Wahdah Pembangunan Ummah, Memantapkan Ukhwah.
Ni adalah antara jelitawan kat SKKG. Tapi yang paling vok tak masuk, sebb yang paling vok dok amik gambar ni...hahahaha.....
=)
Ni kelas kak Rose. Siap bunga manggar lagi...kelas u...

Sir Aziman sedang beri arahan. Encem sir ari ni... =)
Fuh what a busy and tiring week! Mana tak nyer...nak update blog pun tak sempat la. Asyik travelling je. I kena balik setiap hari minggu ni sebab my twins and my mum tak sihat. Abah kepada budak2 tu plak g kursus kat Serdang, Selangor. Jadi asyik merengek je la kembar ni. Setiap hari kalau di pukul rata, waktu tido ku hanya lebih kurang 3 jam je. Malam tak leh tido sebab anak asyik bangun & menangis je. Then kul 3 dah bangun sebab nak siap p naik train lak. Ha...dalam train ni la my quality time untuk tido. Tapi tak sama ngan kita tido atah tilam tau. Naik akar rasanya kat punkoq I ni. Sebab lama sangat duduk. Tdo kat atah train...Hmmm...time ni gak rasanya nak isi borang nak mintak tukaq. Kalau I ni single tak per ngaja jauh2 cam gini. Tapi i ni ada anak, suami, ada tanggungjawab. Ni yang menyulitkan keadaan... nak nagis pun ada. Tapi I tau I can handle this so I bekukan je air mata i kat dalam. Tak yah cairkan...nanti orang tengok...malu la... I kan superwoman. Kena kontrol macho la beb!
Ok, berbalik pada cerita sambutan Maulidur Rasul kat sekolah baru ku ni. Hmmm....walaupun disambut secara sederhana tapi meriah. Kira ok la tu. Ada pertandingan nasyid, pertandingan lukis banner ikut kelas, pertandingan mewarna, ceramah....harap tahun depan boleh buat meriah lagi. Adakan pertandingan bercerita (tentang nabi), pertandingan azan, kuiz dll.
K la...nak stop dulu n3 kita kali ni. Anak2ku dah melalak dah....bukan boleh tgk mama dia rilek skit. Hmmm....wassalam..

Wednesday, March 3, 2010

Very the tired...

Halu...
Kali ni n3 yg pendek je. Tak sempat nak update blog la. I travel skang ni. My twins demam, ma tok diorang pun demam.....so tak der masa nak on9.Ingat nak upload pic sambutan Maulidurrasul kat SKKG ni tapi tak berkesempatan la. Check email je sempat.K la,hope ujung minggu ni sempat la.
k..c ya!
=(
p/s: bila dapat tukar mai dekat skit nga umah ni????Kepada yang kenal nga org JPN,tlg la rekemen kan i ni...please...tak larat mak!

I LoVe TuneTalk