Followers...

....

I like this 1! Please klik...

Thursday, December 31, 2009

New tudung


Went 2 Wakaf Che Yeh last nite. Bought these tudung. Just wanna wish HAPPY NEW YEAR - 2010!

Wednesday, December 30, 2009

I've Won a Kelly Clarkson's CD!

Hehehe....pagi2 lagi budak CityLink call. Dia cakap ada surat untuk I. I ingat perfume yang I order. Rupa2nya....CD! Yang dah di sign oleh Kelly C.! I like....
Sebenarnya, I ada masuk contest kat dalam majalah Galaxie. Then bila I beli majalah yang ada cover Team Edward 2, I tgk la kot2 ada winner nama Jihan Daud dalam tu. And guess what? Ada la...! :) Tapi masa I masuk tu guna alamat kat Bandar Puteri, Klang. Then I sent email 2 Gordon (Galaxie), pas2 dia trus email balik kata dah hantar pada alamat lama tapi return balik CD 2 sebab tak der orang. Then kelmarin dapat email balik dari dia kata CD i on the way. Enjoy! Tu yang pagi2 lagi dah ada orang anta CD ni. Suka la...

THANKS TO SONY MUSIC AND GALAXIE! I LOVE U ALL!

Tuesday, December 29, 2009

Terjah handbag ku?

Just bought this one @ Rantau Panjang, Kelantan, Malaysia. Sponsored by my beloved mum. :)
Oh...tidak...nak terjah gak? Well...bagi memenuhi kehendak ibu mengandum (eh, blum lagi ke mate? Bilo nok tamboh?) x-roomate ku ( http://cikguesah.blogspot.com/ ), jom terjah tgk apa ke benda yang ada dalam bag I. Ok, apa yang ada ek? Firstly, of course la purse. Purse je besar...isi nyer ciput...tapi kad plastik ajaib banyak ada dalam tuhs...I bought this at Dynas & Awal Celebrities shop. Kat blog diorang la. I love online shopping! Then, my MAC lip glass, lipstick,lip balm (Nivea & Nutrimatic-I ni memang addict nga lip balm @ lipgloss!), wet tissue (anak I selalu comot lepas makan so mesti ada benda yang nak lapkan mulut diorang), thumb drive, hand sanitizer (slalu guna bila lepas salam nga bebudak kat school), pen (I kan tcer...sure ada benda ni!) and last but not least, sweet...mesti ada...!

Oh...bab mobile phone lak, hahaha...part yang paling I like... Now I've got 3 phone. CSL (2 sim) , Nokia O Series (2 sim) dan yang dok guna wak amik pic slalu ni, SE G705 (1 sim). Untuk no. plak, now I've got 5 different number. They are:

1.Maxis - My official number. 2 saper2 yg nak call @ sms please use my 012 number. TQ!

2.Celcom - private number (ni untuk suamiku & i je sebab I guna sub line dia. So it's free when he call me.

3. Digi - ni my sis punyer number. Dia kat Abu Dhabi tapi dia nak i aktifkan prepaid dia so kena top up la setiap 3 bulan.

4. Tune Talk - mobile prabayar terbaru I. I like this one. Memang murah! Sms banyak pun tak abis2 kredit.

5. U Mobile - yang ni pun best gak. Kalau top up dapat free 20%. I slalu top up bergilir-gilir nga Tune Talk.

Boleh dikatakan i ada semua telco kat Malaysia ni. I boleh rasa kenikmatan yang ditawarkan oleh semua telco. Semua ada kelebihan & kekurangan.

Well, I think that's all for today's n3.

Will be back...

FotoEfek.com

FotoEfek.com Photo Effects

Monday, December 28, 2009

A Visit To The National Zoo, Malaysia

Ni gamba kat entrance tpi bila nak kuar baru nak snap. Azim dah lena di ulit mimpi dah...
Menatang apa ni? Kerbau? Lembu? Ni la Seladang kalau nak tau...

Ni kat akuarium...besaq ikan kat blakang tuhs...


Lion yang betul malu nak kuar...dok dalam cage jer

Burung unta?

Tuan punya blog pun nak bergamba gak....snap skit...

Last week masa balik Klang, sempat gak suamiku bawa kami bersiar-siar kat Zoo. Katanya nak bawa anak tengok haiwan. Rupanya...dia sendiri yang excited. Bayaran RM20 untuk dewasa and RM9 untuk abang Alif. Twin free. Then bila masuk tu nak nak tram plak. Kena baya lagi. Pas tu bila jalan2 skit, nampak plak ice-cream stall. Huh, apa lagi...serbu la anak2ku. nak tau brapa? 3 ice-creams + 1 air kotak = RM19!!!! Mahal gilerrr....nasib baik suamiku ada beli nasi lemak kat petronas sebelum masuk. So, makan je nasi lemak yang dibeli tadi. Kalau tak, sure kebulur la...suamiku plak jenis perut nasi. Kalau tak makan nasi tak sah. I boleh telan roti je. Nasib baik la suamiku dah beli skit roti & air mineral kat luar tadi. Bila masuk dalam ni jadi mahal la plak....(buoh nasib baik tu ado sokmo!). Well, at the end, suamiku kata...tak syok sangat la zoo ni. Lagi syok Bukit Merah Lake Town Resort. So, pada yang sesapa yang belum cuba, Red Hill Lake Town Resort, pergi la. Tak rugi. You'll enjoy it. :)

Sunday, December 27, 2009

1st Day In New School - SKKG

The gate of the school...
Asrama Puteri & Putera.

Pejabat kat 1st floor. Kat tepi pejabat ialah bilik mesyuarat. Ehem...dah tau 2 tempat sebab tadi ada mesyuarat guru kali pertama untuk 2010. So, most of the teachers were there.

My mum pun nak ikut gak p tgk skolah baru I....



Hari Ini Dalam Sejarah....
Ihiks....1st time sapa SEkolah Kebangsaan Kuala Gris, Kuala Krai, Kelantan, Malaysia. Kalau sebelum ni dengar je...tapi skang ni, i merupakan guru SKKG. Pagi tadi kami bertolak dari umah my mum dalam kul 8.15pg. Selepas 2-3 kali terlena baru la sampai ke SKKG ni. Lebih kurang 2 jam 1/2 sampai la kat sini. Jarak dalam kilometer ialah 140KM dari umah. Peeerrrgh... memang jauh beb! Walaupun jalan tar tapi tak elok sangat, maybe sebab lori dok kuar masuk pastu lepas banjir kan...air bertakung banyak...tu yang menyebabkan lopak air banyak kat atas jalan.
Well, back to the story...Sampai sana, nasib baik la GB ada kat pejabat sebab meeting break jap. so, lepas tulis nama kat buku pelawat, GB (En. Kamarul) tanya... "Cikgu nok dudok mano?" I cakap la...kalau boleh nak stay sini la...tak larat nak drive jauh ni... Dia pun panggil la seorang guru wanita yang bernama -Kak Za. I pun tak tau nama penuh dia lagi. Dia tinggal nga seroang guru lagi. Still ada kosong 1 bilik kat umah dia. 2009 dia travel ngan train. Tapi next year dia nak bawak anak dia tinggal skali nga dia sebab dia nak masukkan ke PRA Sekolah. Dengan senang hati I senyum..dlm hati plak berkata-kata..."Tak payah la I travel!" Tak der la penat sangat. Kalau tak, kul 4.15 pagi dah kena naik train then kul 5 ptg baru sampai umah. Twins mungkin akan tinggal nga abah dia dulu. Sebab kat sana tak kenal sapa lagi untuk jadi babysitter diorang. Jadi keputusannya ialah....I tumpang umah Kak Za. Kebetulan dia pun orang Wakaf Bahru. So, leh la share2... :)
Kepada kawang2 yang concern tentang kehidupanku...terima kasih la...ingat jugak korang kat i yang tak seberapa ni...TQVM! :)

Saturday, December 26, 2009

Thanks 4 Being My Friends!

Ini lah kawang yang sekepala kat sana. :) These were our food on that day. Love it....credit go to mar sebab blanja ari tu. TQ!
Waiting outside of Secret Recipies...nak duduk port yang best kena usha dulu...

Ini hiasan yang ada kat Jusco AEON Bukit Tinggi. Ada lagi xmas tree kat blakang tu yang di perbuat dari botol air mineral. Yang telah di gunakan semula...yang ni plak, bekas telur. Nice kan? :)
Salam...n3 kali ni nak story-telling skit pasal outing I nga my close friends here in SK Telok Gong. :) Sanggup diorang datang dari Pulau Indah, Port Klang untuk jumpa ngan I for the last time. Hihihi...thanks gals!

Monday, December 21, 2009

Color Me Corby


Firstly, I want to tell you all that I'm really in love with this Corby (from Samsung) and my favourite color is Yellow Jamaican because yellow is my favourite color. :) What I like most about this phone is the Touch Tastic screen with the smart unlock and online widget. For smart unlock, I can write whatever letter (we have to do the settting 1st) we want on the screen to unlock the phone. Isn't it great?! :) I like.... Hihihi... about the online widget, I can choose the widget I use most (like facebook, youtube...etc) and stick it on the main screen. Wow...good stuff there! Then we go to the photos. I love taking photos especially taking pictures of my boys and I can upload it to my blog. It's got 2 megapixels camera and it's good to snap my sons' sweet smile with it's smile shot. It's got music player, dictionary...everything you need is on the phone. The price is reasonable and affordable. You can Google it! Before end my blog entry for today.I have a poem for you. Enjoy... =P
Yellow is the new beginning,
Yellow is the color of joy,
Yellow is the color of bright sunshine,
Yellow is the color of sunflower,
Yellow is a smile from me to you,
Yellow is the color of shining , shooting star,
Some sour lemons,
Part of bread called crust,
And sparkling , fairy dust.
Yellow makes me happy,
Yellow IS my favourite color.

Yellow it the theme for our PraSekolah graduation day.

From left : Pn. Mardiana, me & Pn. Rosfarizal

Bila Kemurungan Melanda...

Screen saver my phone pun letak pic diorang ni. Isk tak tau la bila demam twilight ni nak abis... Kes sakit ati, pagi tadi I tengok New Moon lagi...layan la....Edward yang noble, soft spoken....I LIKE...--->>>
Hmmm...sebenarnya pic kat atas tu tak der kena mengena nga crita kat bawah ni. Tak tau la nak bgtau camner perasaan ni. Semua ni berkaitan nga tempat yang akan I mgaja next year. It's about 2 hours drive from my mum's house. Jauh tuuuu...cam ner ngan anak2ku ni? Kalau Alif nak skolah sure kena tinggal nga Ma tok kat sini. Then si twin plak cam ner? Kalau I bawa p sana, ada ke nursery kat SK Kuala Geriss ni? Ada ke pengasuh kat sana? Tak kan I nak bawak p skolah? Then kalau I pindah, barang2 I nak letak kat mana? Umah Ma ni dah penuh. Kalau I sewa umah lain, jadi banyak la plak bebanan hal2 sewa menyewa ni. Kat Kuala Geriss lagi, kat KB lagi, kat Bandar Puteri lagi...mau bankrup tokeh ni. Haiiiiyaaa.....tepok dahi dah ni. Isk....banyak benda yang ada dalam kepala otak I skang ni. Suami ku suruh I brulang dari KB ke Kuala Geriss naik train. Alamak...pukul 3.30 pagi lagi dah kena terpacak kat stesen kretapi dah. Then lebih kurang kul 6 lebih maybe sampai kat Kuala Geris,mana I nak dok pagi buta tu? Suamiku cakap ramai cikgu yang brulang. I pun tak tau la sebab tak pergi lapor diri lagi. Ingat this week I nak g la sana. Suamiku kata, kalau I brulang, twin bleh letak kat nursery skali ngan si abang dia. Huhuhu.....sakit kepala la skang ni. Tak tau nak buat camner...nati abang ku pun akan balik sini sebab wife dia dapat ngaja di SMK Panji. Lagi la penuh. Suamiku pun tak sedap gak dok umah mertua. * To my X-Rumate : Camner mate? Mr. AH ok ke dok umoh mok? X complain? Hua...hua....hua.... tulun la...kenapa la I kena ngaja ulu bebenor ni....dah la I ni lama kat area K.krai......huhuhuhu......
Well, let's look at the bright side, ada hikmah la kot....Tuhan nak uji la ni...maybe, I'm going to be a good teacher there. Maybe, I'm going to love my life there....maybe I'm going to enjoy my life there....I don't know....(ayat nak pujuk diri la ni...!) :()...

Saturday, December 19, 2009

Blueberry muffin

Put it in the oven...Let's wait...

Look....nice..... =)
It's ready....

1 4 u....and 1 4 me......

Muffin anyone....? =O

I want to tell you a story. During the holiday, me and my eldest son - Alif, baked some muffin.
:) He loves cakes, cup cakes. Same as me. Maybe someday I'll open a bakery. :) I don't really like cooking (I'm bad at it!) but I like baking cakes. Mmmm...yummy yummy.....Love the smell....

Wednesday, December 16, 2009

Lawatan Sosial ke SK Pasir Gajah, Kuala Krai, Kelantan

Ni la koperasi punyer member....hihihi...I pun kena jadi pekerja ari ni. :)

Ni gambo ibu mengandum. Nor Azlin (member masa kat maktab lagi ni..!). Kami posting satu skolah iaitu SK Pasir Gajah.


Salam....
Entry kali ni nak cerita pasal lawatan ku ke sekolah lama ku. Wah...bangunan baru kat belakang bangunan lama dah nak siap. Tak lama lagi best la skolah tu. Ada bilik2 baru. :) Sebenarnya lawatan ku ke sana untuk menemani K'Lien. Dia ada kelas tambahan...dari drive sorang dia ajak la I temankan. Sepanjang perjalanan kami banyak bercerita pasal TWILIGHT. Rupanya kita ada geng baru la Mate! :) Dio ni pun gilo ko Edward Cullen. Hua hua hua hahahah..... :P
Then sampai sana, I pun tolong la pack kan buku tulis untuk pelajar SKPG next year. Tolong kawang2....They still treated me as i'm part of them. Thanks! Tengah syok dok gosipping tadi dapat 1 panggilan dari SK Telok Gong (Kak Ida). Dia bagitau , sampai 1 surat dari JPN Kelantan tentang pertukaranku. Guess what? I got transfered back here to Kelantan. Alhamdulillah tapi yang tak syok nyer...nak tau dapat skolah mana? SK Kuala Gris, Kuala Krai - kena masuk dalam hutan kelapa sawit plak la i ni. Alamak...teruk betul...dah la I ni dah 6 tahun mengajar di dalam kawasan kelapa sawit. Tukar ke Klang ajar Kg. Nelayan then dapat tukar balik Kelantan, kena mengajar dalam kelapa sawit plak? Isk...condiser la skit...kalau tak leh tukar ke daerah Pasir Mas / Tumpat pun at least jangan la letak kat ujung dunia. Tapi apa2 pun terima kasih la sebab dapat gak tukar ke Kelantan. Patut la ilang gelang kaki ari tu, nak dapat berita baik.....hihihi....

On the way back tadi...kami singgah kat KB MALL. Kak Lien nak makan Secret Recipies.

Monday, December 14, 2009

Replacement ? :)

I LIKE! =)

RM90 jer...

Yang ni? RM.....?

Dah gilak ini...pakai gelang kaki 2 belah kaki....huhuhahaha... Ni mesti kes ilang gelang kaki, so nak cover balik...gandakan ia....

Aloha...
Mood ari ni ok. :) Sebab pagi2 lagi dah breakfast ngan Edward Cullen (tgk Twilight New Moon!). Suamiku sayam plak tak der so dengan amannya aku dapat mengadap Edward. Suamiku bertolak ke Johor sebab ada kusus kat sana. He'll be back on Thursday. I'm going to miss him! Huhuhu...
Ok, 1st let's story about NEW MOON. Like I said before, New Moon tak sedap sangat tapi sebab ada Edward (Robert Pattinson) jer jadi sedap crita dia. Kalau la di letak Jim Carey yang berlakon criter ni. Sure tak laku...(maaf pada peminat J.Carey!). To me, I prefer Twilight (1st movie), sebab banyak muka Edward and soundtrack pun best and view dalam movie tu pun nice and sweet. Dalam New Moon, lebih kepada Jacob Black yang dah start nak jadi serigala jadian (Sorry I prefered THE COLD ONEs!). Then Edward tinggalkan Isabella Marie Swan sebab tak nak cederakan Bella. Edward pk, kalau dia jauh dari Bella, Bella akan selamat. Disebabkan peristiwa malam sambutan birthday Bella, dia kena papercut and Jasper tak bleh tahan bau darah Bella lalu terkam Bella tapi sempat diselamatkan oleh Edward. Then bila Edward tinggallkan Bella, time ni la Jacob masuk jarum. Mula nak ngorat Bella. Pastu ada 1 part dimana Bella buat clif jumping, Edward thought that she had died. Dia pun nak mati jugak so dia pergi jumpa Volturi. Alamak...cam...detail plak bercerita ni. Tak syok la...kepada sesiapa yang belum tgk lagi. Tgk la kalau anda minat vampire & werewolf. I think kalau tengok kat woyang lagi thrill kot? So, apa lagi Puan Mardiana-my partner in crime? Bila nak lanja tgk woyang ni? I balik Klang ari Jumaat ni. C U there... :)
Then lepas tgk DVD tadi, I pergi amik my aunt (Cik Ani & Acik - yang blaja kat Ireland) kat airport. After lunch plak kami ke Rantau Panjang. Apa lagi...sopim la...abiskan saki baki duit ku. Gaji 18 kan? I bought 3 blouses and 1 skirt. Hihihi...kalau pi nga suamiku tak kan dapat ku beli. Sure dia kata tak lawo bilo I tanya pendapat. Ni pergi nga my mum (mmg suka sopim gaks!), my aunt and her doter. Banyak jugak la habis... :( Thanks to my SIL (kak Ta) yang tlg jaga hero2 ku. :) untuk my SIL pun dpt blouse gak. Ngupoh jago anok I. :)
That's all for today... cya..
P/S: Tapi tak puas ati la tgk DVD pirate ni. Sebab ada kadang2 tu tak nampak muka...kadang2 nampak sparuh jer. Abis nak buat cam ner...dah tu je option untuk orang Klate ni tgk movie baru. Kat sini mana ada cinema!?!

Saturday, December 12, 2009

Pantai Cahaya Bulan @ P.C.B.

Tengok je tau...tak leh beli kite ni....(tu yang suamiku cakap kat our sons)
Banyak watak kartun. Kiteretsu, Superman, SpongeBob, Betty....and the list go on.

Colek. Part yang paling I LIKEEEEE.....memang tak leh lawan kat mana2 pantai di Kelantan ni. Kat PCB ni yang paling besssshhhh! :O Mmmmm...yum yum...
My twins baru bangun tido...emosi tak stabil lagi ni...
Ramai gaks orang yang datang petang semalam.
We ate here. Banyak la 'couples' kat sini...

Abang Alif nak kencing tu...abah tolong yek...

Huhuhu...nak bagitau hal penting ni. Semalam terjadi hal yang menyakitkan hati, sedih pun ada. GELANG KAKIKU ilanggggggg....!!!!!!! Hua.....tak tau la masa bila lucut. Seingat I, malam sebelum ni ada pi Pasar Malam Wakaf Che Yeh tu ada lagi. Then petang kelmarin, kami ke PCB. Then balik umah. Malam tu lepas dinner, baru la terasa gelang kakiku ilang. Bising satu umah. Abis ku geledah tempat tidor, dalam bilik air, dalam keta...kat luar....tapi tak der....huhuhuhuhu... I banyak sayam la kat gelang kaki 2. Bukan mudah nak dapat skang ni. Dah la time gawat ni. Kalau sebelum ni dapat bonus, ngaja tuition, main kutu dapat la simpan duit untuk beli barang kemas. Kalau nak arapkan gaji ku yang ciput dan hutang yang menggunung tu tak kan dapat la melaram I ni! :( Isk...mungkin Tuhan nak uji la tu...sabar Jihan...mana tau ada hikmah di sebalik kehilangan tu. Alhamdulillah....
Kepada insan yang terjumpa barang I, tolong la serahkan balik yer...kasihani la hamba yang hina ni. Tak pun sedekah kan harta itu. Dapat gak menolong insan lain. Dari korang makan jer duit emas I tu.
Moral of the story- tak payah pakai gelang kaki (kata suamiku!). Arrgg....tak kisah, akan ku usahakan juga beli yang lain. Tak pun I beli je yang RM7.90 kat Mydin tu. Apa kisah...kalau tak, sure bersawang la kakiku ni...hahahahaha..... huhuhuhu.....

Friday, December 11, 2009

Sepetang di Taman Tengku Anis, K. B.

Salam...
Kali ni nak bercerita tentang aktiviti kelmarin. Kami ke Taman Tengku Anis. This was my first time there. Walaupun orang KB, tapi tak pernah sampai sana. Ok la gak...ada track untuk jogging, taman permainan kanak-kanak, kolam mandi untuk bebudak. Tapi yang sedih nyer...ada la replika masjid seluruh negara, tapi...tak di jaga dengan baik. Dah banyak yang nak runtuh. Kalau tak boleh jadi tarikan pelancong. Betul tak? Then ada rusa, ayam serama, burung merak, dan merpati. Kalau ditambah lagi haiwan kat situ sure lagi best kan? Ada arnab ker...snake ker...jadi cam mini zoo. Then kenakan sedikit bayaran...bleh la buat tampung untuk beli makanan haiwan tu. Ko guano? Ihiks....it's just an idea. Ni tak...kalau nak tengok haiwan, kena p Zoo Negara. Tak pun mini zoo yang kat Kuala Krai. Tu pun banyak haiwan yang tak der...boring betul!?! :(


Burung merak pun ada...tapi bulu dah tak der...cian dia...

Anakku yang sedang sibuk nak bagi makan kat rusa...


Abang Alif ni nakut skit....Kalau Azim...nak bagi ngan tangan dia skali, biar rusa tu gigit! Hahahaha....


Memang mereka seronok...abahnya skali.... :)


Bau bucuk....tanah kat situ lembek...uuuuwek...


Rusa dok makan....

I LoVe TuneTalk