Followers...

....

I like this 1! Please klik...

Monday, April 19, 2010

Pet Rabbit ku...

Hui...lama dah tak update blog ni.tapi ada orang lain yang lagi lama tak update. Tak der hal pun...maybe diorang not in the mood nak menaip.Maybe diorang bz. Maybe diorang terADDICT ngan FB. Ops...terlebey sudah...I plak nape?


Almaklum la...asyik travel je evry day. Kalau kat Pasir Pekan, memang dah tak sempat nak update. So, hari ni memandangkan tak balik sebab ada kelas petang untuk year 6. Leh la kita update skit apa yang terbuku slama seminggu ni. =)

*nampak tak kepala2 ni? Ni kepala anak2ku & anak2 sdara ku.Yang bulat tu Daaii.

Hmmm...where should I start? Maybe I terlalu teruja dengan pet rabbit ku yang bersalin? Hah? Bersalin ke? Branak kot...? Well, I've got Quadruplets! Tapi untuk sehari je. Sebab mama rabbit tu makan anak dia. Bitbit(i panggil rabbit betina tu) branak petang Jumaat. Then malam tu kalut la kami p cari cage satu lagi sebab nak asing kan mereka dari si bapak rabbit (Mr.Beat). Sebab asyik dok kejar Bitbit je.Gatai tul...then bila bangun pagi esok (Saturday), i tengok dlm cage tu ada 1 ekor 1/2 jer badan baby rabbit(dah mati la tu!). Skang ni ada sekor je lagi. Hish...cian betul. Dah la Si Bitbit ni tak bagi tek kat anak dia. Dia p telan lak? Apa punya mak la....Pastu, skang ni suamiku sayam lak yang dok bagi susu kat baby rabbit tu. Bancuh susu twins then guna picagari. Kenapa bukan I yang bagi? For your info, I geli la. GELI tau...sebab cam anak tikus. Takder bulu...eeeeee.....
Then nak story skit pasal buku yang baru habis ku baca. Setelah 2 months baru abis! Ha...mbik kau...kalau New Moon (Twilight) dulu dlm masa 3 ari je leh abis. Sebab minat kat Edward Cullen(Lama tak sebut). Ni berbulan baru nak abis, walaupun dari penulis yang sama.Maybe I'm more into vampires. I'm not really into alien. Lagipun crita ni boring skit. Jalan crita dia slow je. Banyak bercakap dalam otak sebab Wanderer (alien) dok cakap ngan Melanie (host-empunya body). Then banyak flashback pasal kisah idup Mel yang lepas sebagai manusia biasa bersama Jared & Jamie. How she loves them both....how she met Jared...then Mel suruh Wanda(short for wanderer) pi cari Jared & Jamie. They separated because Mel dah jadi alien.Pastu Wanda dok crita pasal kehidupan dia sebelum masuk ke tubuh Mel kat planet lain...macam2 planet....flower la...fire la...bear la...bat la...memang kuat la imaginasi S.Meyer ni. Tabik spring kat dia. Walaubagaimanapun...still tak dapat nak menarik minat i. I ada baca dlm tenet ni, pasal diorang nak jadikan The Host ni film. Betul ke? Ntah bila la...kita tengok je nanti...

Sunday, April 11, 2010

Guru Besar pun naik train?

Ni guru perempuan...yang lelakinyer dok minum kat kedai kopi. Diorang kalau train sampai...memang berlari dari kedai kopi ke stesen ni.

That's our GB (tengah sengeh) -En. Abdul Wahab and yang kat tengah tu our PK1- Ustaz Kamarudin.


Yezza...




Op kos...our GB & PK1 pun naik train. These pictures were taken last week. Masa dok tunggu train. Train lewat tul. Slalunyer kul 2.20 dah sampai. Last week kul 3 baru sampai. So, cam biasa la...u all know me. Kita snap snap la dulu. Dah tak der yang menarik nak diSnapkan kat area Kuala Geris ni so I snap je la muka-muka penumpang tegar keretapi tanah melayu ni.




*Psst...to Pn. Diana: these were taken with the new 1. U know what. =) Shhh...don't tell other people. Not bad la....Tapi I still tak reti nak setting la..biasa la...i ni slow skit...dalam proses..but i like it....*

Saturday, April 10, 2010

Mesyuarat PIBG SKKG 2010

Salam...kali ni nak story pasal tajuk kat atas. Sabtu , pukul 11 pagi lagi I naik car nga k'fizah(my housemate). Tumpang dia. Hmm..sebenarnya malas nak crita sebab tak der pic la. My hp bateri kong, then hp yg satu lagi payah nak pair nga netbook ni. Tak tau kenaper...kena setting lain. Malas la..so, x yah la nak upload pic kali ni. Tak der yang best pun. Cuma Datuk Romzi and Tuan Haji Zulkefli (boss PPD K.Krai) yang datang.Yang lain...biasa je. Parent datang and daftar, then masuk dewan. Kali ni, I kena jaga bahagian ....cuba teka? Kalau slalu kat SKPG i kena pendaftaran...tapi kat sini I kena bahagian cenderamata, hamper cabutan bertuah. Bukan I yang ketua tapi I yang memBUSYkan body I yang vok & glam ni. Ho ho ho.... Lantak la orang nak kata apa pun. Janji tugas yang diberi settle... M I RITE? Dari hadiah utk dif tu I yang beli & buat. Buahan segar....i wrap and boh ribon cumil2. Sweet...(bagi I la...). Then bagi hadiah atas pentas pun I gak..tukang hulurkan hamper pun I...mesti orang kata i ni gila kuasa. Dah ketuanya senyap je. I dah suruh orang lain....tapi tak berganjak pun....so dari cacat majlis....AKU GOMO LAKKO.Tapi tak kisah la...janji duit i dapat balik. Hadiah yang bagi kat dif tu, guna duit I tau...abis RM87 tau...GB kata guna duit sdiri dulu then claim.Arap2 cepat la dapat...almaklum la...I ni bukannya jenis yang lebih duit...slalu cukup2 je...hu hu hu...k la...nak dinner dulu.
Bye!
=)

Wednesday, April 7, 2010

Kejohanan Bola Tampar Zon 4

Hari ni ada Kejohanan Bola Tampar MSSZ Zon4. SK Kuala Geris adalah tuan rumah untuk bola tampar ni.Kebetulan plak i balik KB semalam so dari rumah dah pakai sluar trak & t-shirt la naik train pagi tadi. Senang skit nak panjat tangga train tu. Sebenarnya I ni guru penasihat untuk Pasukan Bola Tampar Skolah. Tapi kelmarin baru I tau. Ihiks...teruk betul.... Nak buat camner....Buku Pegurusan Sekolah pun tak der kat sini. Mai bagi surat cam gitu je. Mana la ingat....well walaubagaimanapun I tetap menjalankan tugas yang telah diberi...SYMP.
Ni adalah meja pendaftran. Ustazah Ayu, Kak Rose & Mai (cute preggy lady!). RM8 satu kepala so kalau 1 sekolah anta 2 team (lelaki & pompuan). Jadi RM128 untuk setiap sekolah.

Ni adalah score board. Hehehe...jangan tengok la sebab keputusan yang kurang memberangsangkan.... :(
Zon 4 yang hantar wakil ialah :
a) SK KEMUBU
b) SK BIAK
c) SK SERI MAHLIGAI
Yang tak hantar wakil ialah :
a) SK DABONG
b) SK MEMPELAM JELAWANG


This is our boys team. Hmmm...x leh arap gak...menang 1 game je dari 3 games. Yang lain hampeh...girls team pun kalah semua games. Tak per la...next year cuba lagi yer...GO SKKG!
Maap le...tuan punyer blog tak sempat nak amik gamba ari ni. So tak der la muka ku yang dah itam ni...Sibuk side coaching... =) Sekejap je kalau nak itam...setengah hari berjemur pun dah itam...nak cerah balik 3 bulan pun belum tentu....hish....lepas ni kena beli Fair&Lovely buleh 4 tiub. Nak cover balik....



Sunday, April 4, 2010

Cuti Keputeraan Sultan Kelantan 2010

Cuti hari Keputeraan Sultan Kelantan pada tahun ni kami ke Cameron Highland (again?!!-Yup , again!). Suamiku kata kat bawah ni dah panas so baik kita p tempat yang sejuk. I dah boring ke sana. I thought want to go to Perhentian Island but tak sempat nak book awal. My friend lak yang kerja kat travel agency tu ke Sarawak. So tak der orang yang I nak mintak tlg bookkan hotel. So tak jadi la ke island. Tak per, mana tau our anniversary nanti kami ke sana? Betul tak? so Miss Reha please take note k. I'll call you later to place the date.
So these are some of the pictures taken on that day. Kami pergi 30 April and check out the next day. Stayed at Equatorial Hotel. Pic kat atas ni view di waktu pagi. Nyaman betul....

Then macam biasa la kalau tak beli strawberry mmg tak sah kalau ke CH. Ni adalah buah kegemaran abam Alif. Look big juicy fresh strawberries. Kalau korang nak makan yang tak masam, beli yang RM10 sekotak (saiz besar). Kalu beli yang kotak kecik (4kotak RM10), mmg MASAM!





Ni plak kat ladang teh. Cam biasa la, posing skit...mama dia je yang lebih bab posing ni...kalau anak2 & abah diorang mmg kureng skit...nevermind at least ada la kenangan kan?



Still kat ladang teh. Ni dah on the way turun. Kami singgah kat kat sini untuk minum teh strawberry. Best betul kalau minum kat sini. Tapi kalau beli and minum kat umah, rasa cam biasa je... :(










Jangan amik pusing nga muka suamiku yang masam tu. Dia mmg macam tu. Orang yang kenal ngan dia je tau macam mana muka dia bila dia senyum. =)










Tuan punyer blog yang semakin tembam! Biasa la dekat nga suami tercinta. Makan berselera.... =)











Ni anak manja mama...




On the way back lak kami balik kot Sg.Terah, Mempelam Jelawang, Kemubu, Dabong and last destination is SK KUALA GERIS. Sebab SKKG sekolah pada 1st April. Yang mana kebanyakkan skolah zon 4 ni mmg cuti. Sebab ada sehari je lagi b4 weekend. Walaubagaimanapun, SYMP la kan? Kami sempat gak singgah kat Gunung Stong State Park. Nampak tak air terjun yang indah tu. Mmg cun la! Dari jauh korang dah dapat tengok tau. Kat sini pun ada chalet tau. So pada sesapa yang naik cuba leh la datang. Kalau yang suka hiking @ snap pictures, mmg sesuai. Kalau dok kat bawah tu, perrggh...view mmg cantik. Kalau tak caya...try google the image of Gunung Stong.
Well...Kami ni mmg suka jln2. husband & wifey sekepala. Sanggup simpan duit just untuk travel. Plan to go somewhere end this year. Somewhere far away from here. Sabah pun ok....Beijing pun ok... Abu Dhabi pun ok...just wait and see la. Sure akan update you olls...k...till then...c ya!

I LoVe TuneTalk