Followers...

....

I like this 1! Please klik...

Showing posts with label teacher's day. Show all posts
Showing posts with label teacher's day. Show all posts

Monday, May 16, 2011

Happy Teacher's Day 2011 SK Pak Badol

 Tadaa... Ni gewe baru i...Adam Fansuri. Hehehe...tak der la...Ni anak member i. Anak sulung K'Je. Siapakah wanita GEMOK kat tepi Adam tu? Huhuhu...tu la tuan punya blog ni. 
 Yang hensem pakai baju  set putih ni our GB. Dia semangat betul main futsal ni.
 Ni salah satu aktiviti guru wanita. Main bola jaring. I plak jadi pengadil. Hah? Silap baca ke? Tak...memang betul. I tau u all mesti cakap biar betul Mc Ji ni jadi pengadil. Tau tak bila I tiup wisel? 2 kali je. Utk start and masa abis. Hahahah...mana la i tau bila and bagaimana nak tiup. Selalunya kalau ada gerak kaki atau off side sure kena tiup kan? I dah cakap, I tak tau tapi diorang suruh gak I jadi. So, layan je la.Bukan minat main permainan gugurl ni. Maap lerr..
 Ni plak aktiviti dewan. kumpulan nasyid sekolah.
 Deklamasi sajak dari Anas 6 B.
 Ni our GB tengah bagi ucapan ari guru kat astaka.
Adiah tahun ni. Bakul tu cabutan bertuah guru. Tak bertuah sgt la tahun ni sebab x dapat hamper. =(
Overall...Hmmm...cam tak syok sangat la sebab kat SKPB ni kalau Hari Guru dah kira cam Hari Sukan Guru. Tu yang tak syok...korang tau la I ni memang "alahan" bab sukan ni. cair make up mak tau! Tak suka. Tak suka. Tak suka. Kalau kat Telok Gong best gak....baju mesti ada dress code untuk every function. Then memang setiap guru akan dibahagikan mengikut kumpulan and akan persembahkan 1 persembahan. Syok gak walaupun stress. Korang tau tak... I nyanyi tau masa kat SKTG. Hahaha....lawak3!
Then kalau kat SK Kuala Geris lak, ok gak...ada sukaneka. Tak der la berpeluh sgt just for fun. I sampai sana, I yang suggest kan dress code. And last year warna biru. Korang leh click-click kat blog ni utk tgk pic yang lepas. Malas nak upload. Then masa kat SK Pasair Gajah lah, sama jugak. Ada sukaneka yang ringan. So leh la I VOK and VAS on Teacher's Day. Betul tak? Hari guru bagi pendapat saya, hari untuk guru-guru bergembira. Bukan untuk berpeluh-peluh. Kalau nak berpeluh-peluh, hari sukan murid sekolah kita pun dah berpeluh-peluh kan? So, what do u think? Up to you. I don't care. That is just my opinion.

Sunday, May 16, 2010

Happy Teacher's Day!

Puteri Lilin dari negara mana ni? Kalah la dalam acara ni. Kena lari sambil pegang lilin, jangan kasi mati apinya tau...! Awww...
Aku yang lapar...tapi kalah gak...tak per la...janji seronok...bukan nak sgt hadiah...untuk suka2 je. =)

Aku kan pro main bowling ni...huhuhu......op kos la kumpulan kami yang dapat no.1!


Tengah bersiap nak main acara seterusnya...makan buah-buahan....siapa cepat abis,di kira pemenang. Kumpulan 1 kalah...huhuhu..



Ai...ni budak ke guru ni yang pakai sluar trek ni? Hehehe...sorry la Kak Nor & Kak Dalilah. *-* Kak Hasnor plak...serius betul muka....chill girl..kan ari kita ni...

Selamat Hari Guru untuk semua pendidik kat Malaysia atau di mana-mana saja la. Terima kasih kepada guru-guruku yang telah mengajarku dari kecil sampai la ke sekarang....kepada murid-muridku...selamat maju jaya. Kenang lah jasa guru anda...tanpa mereka anda tidak akan berjaya.

Gambar hadiah yang budak bagi tak der ke?! Maap ler...i kan baru kat sini...lagipun i ni bukan cikgu paberet cam Kak Ja. Ada la skit2. Tak der la sampai kena bawak beg palstik sampah yang besar tu nak angkut balik umah. Apa2 pun terima kasih kepada semua yang menjayakan Hari Guru di SK Kuala Geris pada tahun ini.

Ingat nak upload lagi gambar tapi....as you all know la kan...line broadband mmg slow kat K.Geris ni...so abaikan la...tengok je la mana yang ada...

Wednesday, May 12, 2010

Persiapan Hari Guru 2010

Ni gamba tuan punyer blog yang nak menyibuk...
Ni gambar guru2 yang bertungkus-lumus menjalankan perniagaan. Ada lagi macam Kak Min, Kak Has, Kak Fizah, Ustazah Ayu....tapi diorang ni tak ada masa I took the pictures. Sowwiii..next time k...

Tengok la...berpeluh-peluh cikgu2 ni dok melayan kerenah bebudak tadi...

Halu...
N3 kali ni nak crita pasal persiapan hari guru. Kami dari kelab guru, buka kedai cenderahati. Tolong beli hadiah untuk budak. Almaklum la diorang ni nak keluar jauh, sure parent diorang tak kan keluar just nak beli hadiah untuk guru mereka. Kami yang travel ni beli and jual kepada budak. Ada roses, sweets, handmade cards, frame, mug and a few others. Kira saja je , suka2. Bukan untuk amik untung. Lagi pun bukan untung sangat. Hanya nak memeriahkan keadaan. Kami mengajar ikhlas, bukan nak mintak hadiah. Tapi kadang2 nak jugak penghargaan @ tanda ingatan dari murid. Betul tak? Tak semestinya beri hadiah. Kalau wish "Selamat Hari Guru" @ "Happy Teacher's Day" pun dah kira ok. =)
P/S: Tema warna Hari Guru 2010 kat SKKG ni ialah biru(BLUE).
I yang pengaruh mereka supaya buat tema. Tringat masa kat SK Telok Gong yang sentiasa ada warna tema. I like...

I LoVe TuneTalk